Tuesday, August 28, 2012

Selamat Hari Raya 2012


19 August 2012 ramadhan berakhir, raya bermula:)
Tahun ni aku beraya di Sungkai,Perak. rumah arwah maklong aku. walaupun tahun ni kami kekurangan 1 kegembiraan, walau beraya dlm kesedihan, 1 syawal tetap disambut meriah sbb keluarga saudara-mara ramai berkumpul. Keluarga maktam, anak-anak arwah maklong, dan keluarga aku. Baru tahun ni aku berkesempatan beraya dkt sana selama aku nanti-nantikan tapi tahun ni tanpa maklong. Lepas solat raya,aku ziarah kubur maklong. Sedih:( tapi aku redha dgn pemergian maklong. sama-sama kita doakan kesejahteraan maklong diakhirat nanti.
Raya ke-3 aku balik johor. kampung abah aku. sampai sana tak ada orang pun,tgl nenek aku je. saudara mara semua masing-masing dah balik. Apa pun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR&BATIN

Monday, July 23, 2012

Happy Birthday TJ

  
Date : 22 july
Birthday TJ tahun ni dalam bulan puasa,bulan penuh rahmat. Alhamdulillah:) ktorg celebrate lepas berbuka puasa,di rumah mak sedara aku dekat Klang. meriah sebab ramai saudara mara aku yang datang berbuka sekali dekat sana. ni kali pertama TJ celebrate birthday dia. sebelum ni tak pernah. jadi,TJ agak malu-malu nak potong kek. akhirnya adik sepupu aku lah yang potongkan,birthday dia pun dekat2 dgn tarikh birthday TJ


P.S:  Saya doakan awk panjang umur&dimurahkan rezeki.ILSYM:)

Tuesday, July 10, 2012

Pemergian Maklong

Assalammualaikum.
Hari ni dah 6 hari selepas maklong aku meninggal dunia disebabkan penyakit darah tinggi. maklong aku selamat dikebumikan di tanah perkuburan besout 1, sungkai, perak. aku masih tak dapat lupakan pasal ni. aku rush dari perlis ke perak. nasib ada TJ sanggup datang ambil aku. aku sempat sampai ketika jenazah maklong aku diusung untuk dikebumikan. tak sempat aku nak peluk cium maklong aku buat kali terakhir. aku redha dengan pemergian maklong. aku tahu dunia ni sementara, yang hidup pasti mati suatu hari nanti. perasaan aku? mampu menangis sepanjang hari. maklong aku dah seperti ibu aku sendiri. kali terakhir aku bersama maklong, maklong dan family aku hantar aku balik perlis. sebelum tu pergi pulau langkawi. tu kenangan terakhir aku berjumpa maklong. aku tak sangka hari tu adalah hari terakhir aku berjumpa maklong.

aku ada balik baru-baru ni sebelum maklong aku meninggal, tapi tak terdetik pun hati nak pergi jumpa maklong aku. mak aku bagitahu aku kali terakhir maklong tanya kenapa aku tak datang jenguk maklong? selalunya kalau aku balik mesti aku singgah rumah maklong walaupun sekejap. sedihnya,sayunya hati ni. aku baru teringat kat maklong setelah dia dah pergi. "Maklong, maafkan angah."


P.S : Sedekahkan al-Fatihah buat maklong

Tuesday, June 19, 2012

Semester 2#

Assalamualaikum,

Cuti Sem1 selama 2 bulan dah pun habis. mula lah rasa kebas-kebas badan malas nak pergi kelas. Hahaha. Alhamdullilah, aku masih berpeluang sambung belajar utk semester ke2 ni. Masih juga group yg sama BMD2BC. Aku dapat kolej walaupun tak buat permohonan online. Lupa nak buat. Asalnya aku nak stay dekat luar je kalau tak dapat kolej. Rumah sewa pun aku dah bayar deposit. tapi dah dapat kolej,cancel lah. Aku duduk dekat kolej Beringin. Satu bilik dengan Azza, Zati, classmate aku. Kolej ni dekat nak pergi kelas and pintu keluar gate B. Untung lah.

Sunday, May 20, 2012

Part-time job

Assalammualaikum:)
 
Dah lama tak update blog:') cuti sem 2 bulan ni aku tak duduk diam dekat rumah. aku buat part-time, promoter dekat Tangs,Empire Subang. Kerja ni boleh tahan, senang sebab kerjanya cuma serve customer,display stock. Aku jaga brand Max-Tino Concept. Sebelum ni tak pernah dengar brand ni. First time masuk Tangs,aku baru tahu. Kepada ladies di luar sana yang suka pakai dress boleh lah tengok baju-baju Max-Tino. *promote ni. Hahaha. Yang rekemen kan kerja ni dekat aku pun kawan adik aku, Adzrel. Tak sampai sebulan aku kerja, dia berhenti. Alahai. Supervisor Max-Tino,Tangs, Mr.Kyo. Dia cute, ramah, muda lagi. Hahaha. Setakat ni aku enjoy kerja kat sini,dapat experience baru, kawan2 baru:)

Friday, March 16, 2012

UTP:)

Assalammualaikum,

Entry ni menceritakan perjalanan kami dari Perlis-Kedah-P.Pinang-Perak. Why stop at Perak? Haaa, aku bersama 2 orang classmates, Azza n Abu pergi ke bandar Sri Iskandar, Tronoh. Tujuannya saja jalan-jalan tengok kat sana apa ada (Sambil menyelam minum air) Tapi main purpose, aku nak jumpa BFF aku, Noor Syafira. Dia study dekat UTP (So sweet, kan) Hahaha. Dah jumpa tu, happy sangat sampai speechless lah tak tahu nak kata apa :D


Ok, gambar2 (Sumber Google) kat atas ni adalah bangunan2 dalam UTP, library, masjid, class lecture, apartment student. Superb! Sangat cantik. Waktu malam permandangan dia lagi cantik. Malamnya, kitorang keluar lepak dekat kedai makan area situ juga. Restoran ni yg aku pun tak tahu apa nama restoran tu, Fira sendiri pun tak tahu. Hahaha. Special dekat situ, air buah-buahan murah dan dihidang dalam gelas besar. Tak habis aku minum. Berboraklah sementara tunggu Azfar (classmate) yang kebetulan dia balik Ipoh, rumah dia. Contact dia, dia datang dgn kawan-kawan dia yg ada juga study dekat UTP. Aku dgn Azza bermalam dekat kolej Fira. Bilik dia selesa dan luas. Bestnyaa! Jealous! Hahaha. Keesokan paginya, Fira ada kelas so aku hantar dia pergi kelas then kitorang bertolak balik Arau. Sedih! :'(

Tuesday, March 13, 2012

Tips for Healthy Eyes

Here are some tips for healthy eyes:

-Take cold milk in one bowl and cold water in another. Take two clean gausses. Dip one in milk and another in water. Then apply theses gausses alternatively over your eye lids and areas around the eyes. Continue with both eyes .this should be continued for not less than 10 minutes.

-Try to sleep eight hours a day. After eight hours sleep when you get up wash you face with cool water. Do sprinkle cool water to your eyes for 10 minutes.

-Do keep thin cucumber slices over your eyes. You can also go for gauss dipped in chilled cucumber juice.

-Massage using castor oil. Use your ring finger for this. Give very gentle massage for 10 minutes.

-Drink enough water.

-Drink lemon juice once in a day.

-Drink carrot, cucumber juice with one teaspoon of honey.

-Place beetel leaves over your eyes. Then tie them for 15 minutes.You can tie a cloth folding to your eyes having a paste of cucumber and potato within. Let it remain there for 15 minutes. It is a great cooling agent. It gives a natural glow to your eyes.

-Take an old mascara brush. Clean it with soap solution. After thorough cleaning allow it to dry completely. Now dip your brush in castor oil and apply the oil the way you apply mascara. This will trigger the growth of eye lashes. You will get gifted by thick curly eyelashes.

-Make carrot paste. Take a clean cloth. Place the paste on the cloth and tie the cloth like a small bag. Keep this over eyes for not less than 20 minutes.



P.S: Follow the tips and you'll get healthy eyes :)

Monday, February 13, 2012

Annual Dinner BM111


Assalammualaikum,

Date: 19th march 2012
Time: 8.30 pm - midnight
Venue: Dewan Seri Semarak, UiTM Perlis
Theme: Bollywood in Arabic Dessert

Post ni berkaitan annually dinner utk part1-6 course BM111. Temanya Bollywood in Arabic Dessert. Gempak dan sangat style malam tu. Pelbagai gaya costum yg ikut tema, tak kira lelaki dan perempuan. Hensem dan lawa:) Tapi group BMD1BC ada yang tak hadir. Yelah event macam ni bukan wajib pun dan tidak dipaksa. Awal-awal sem ni lah kita nak kenal-kenal orang. Aku pergi saja untuk suka2 dan nak usha2 orang. Hehehe:)

Wednesday, January 11, 2012

Baucar BUKU 1 Malaysia

Salam :)
Hari ni lepas habis kelas, aku dan kwn2 pergi ambil baucar dekat star-complex. Tarikh ambil baucar ni ikut course. aku course dbs, jadi hari ni lah tarikhnya. ramai juga tadi. bengkang-bengkok dah barisan aku tengok :D nasib aku bukan yang terakhir, jadi tak lah lama menunggu :)

TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR :
a) Kuasa bagi percetakan baucar hanya diberikan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) sahaja
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini.
d) Penjual buku perlu memastikan bahawa terdapat cop rasmi IPT/sekolah semasa menerima baucar daripada para pelajar.
e) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut.
f) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan.
g) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai dan
h) Penjual buku perlu memaparkan notis penerimaan baucar buku 1Malaysia di premis jualan.



P.S : MPH & POPULAR bookstore terima baucar ni. jadi manfaatkan lah sebaik2 nya:)

Thursday, January 5, 2012

Times Bookstores Malaysia: New Year Book Fair 2012


Times Bookstores Malaysia: New Year Book Fair 2012
Enjoy up to 90% discounts at Times New Year Book Fair !!!
Date: 29 Dec 2011 - 15 Jan 2012
Time: 11.00am - 9.30pm
Venue: CITTA Mall, Petaling Jaya (In Front of Times Bookstores)

Monday, January 2, 2012

Happy New Year 2012!



New Beginning, New Hopes, New Dreams. Insyaallah:)