Tuesday, July 10, 2012

Pemergian Maklong

Assalammualaikum.
Hari ni dah 6 hari selepas maklong aku meninggal dunia disebabkan penyakit darah tinggi. maklong aku selamat dikebumikan di tanah perkuburan besout 1, sungkai, perak. aku masih tak dapat lupakan pasal ni. aku rush dari perlis ke perak. nasib ada TJ sanggup datang ambil aku. aku sempat sampai ketika jenazah maklong aku diusung untuk dikebumikan. tak sempat aku nak peluk cium maklong aku buat kali terakhir. aku redha dengan pemergian maklong. aku tahu dunia ni sementara, yang hidup pasti mati suatu hari nanti. perasaan aku? mampu menangis sepanjang hari. maklong aku dah seperti ibu aku sendiri. kali terakhir aku bersama maklong, maklong dan family aku hantar aku balik perlis. sebelum tu pergi pulau langkawi. tu kenangan terakhir aku berjumpa maklong. aku tak sangka hari tu adalah hari terakhir aku berjumpa maklong.

aku ada balik baru-baru ni sebelum maklong aku meninggal, tapi tak terdetik pun hati nak pergi jumpa maklong aku. mak aku bagitahu aku kali terakhir maklong tanya kenapa aku tak datang jenguk maklong? selalunya kalau aku balik mesti aku singgah rumah maklong walaupun sekejap. sedihnya,sayunya hati ni. aku baru teringat kat maklong setelah dia dah pergi. "Maklong, maafkan angah."


P.S : Sedekahkan al-Fatihah buat maklong

No comments:

Post a Comment