Wednesday, January 11, 2012

Baucar BUKU 1 Malaysia

Salam :)
Hari ni lepas habis kelas, aku dan kwn2 pergi ambil baucar dekat star-complex. Tarikh ambil baucar ni ikut course. aku course dbs, jadi hari ni lah tarikhnya. ramai juga tadi. bengkang-bengkok dah barisan aku tengok :D nasib aku bukan yang terakhir, jadi tak lah lama menunggu :)

TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR :
a) Kuasa bagi percetakan baucar hanya diberikan kepada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) sahaja
b) Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing
c) Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini.
d) Penjual buku perlu memastikan bahawa terdapat cop rasmi IPT/sekolah semasa menerima baucar daripada para pelajar.
e) Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut.
f) Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan.
g) Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai dan
h) Penjual buku perlu memaparkan notis penerimaan baucar buku 1Malaysia di premis jualan.



P.S : MPH & POPULAR bookstore terima baucar ni. jadi manfaatkan lah sebaik2 nya:)

No comments:

Post a Comment