Wednesday, August 3, 2011

tegur menegur


Sikap manusia sememangnya tidak sempurna dan ketidaksempurnaan itu boleh diperbaiki dengan teguran yang dibuat secara baik dan berhikmah. Tegurlah dengan niat bagi memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan atau sekurang-kurangnya mengelakkan kesilapan yang sama berulang kembali. Sampaikanlah yang benar itu walaupun ia pahit...

1) Ada banyak cara untuk menegur seseorang itu iaitu melalui tangan, lisan/lidah dan hati dan mesti menggunakan cara ini mengikut step serta kemampuan kita.

2) Seboleh-bolehnya janganlah mengaibkan seseorang itu dengan mendedahkan kesilapannya. Tegurlah dengan baik dan berhikmah. Gunakan saluran yang betul untuk menegur.

3) Teguran terhadap pemimpin mestiah dilakukan dengan elok dan berhikmah. Jika sudah terlalu teruk, boleh mendedahkan aib orang tersebut dengan niat untuk memberi pengajaran kepadanya dan juga pengajaran kepada orang lain.

4) Boleh mengangkat senjata untuk memerangi pemerintah yang banyak membuat kemungkaran dan meninggalkan solat jika sudah banyak kali ditegur.

5) Jika teguran itu betul, tidak menjadi masalah tentang identiti orang itu, boleh terima teguran tersebut.




P.S : aku tak jadi nak teruskan terawih gara-gara teguran sengat makcik ni.tak khusyuk nak solat sebab dalam hati rasa marah,geram.kalau tegur cara baik takpe,ni tak.haish.dugaan.

No comments:

Post a Comment