1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan olehAllah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga"(Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak
berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk
syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.
6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.
Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Wallahualam
P.S : Sumber http://rahsiawanitahebat.blogspot.com
Wednesday, August 24, 2011
Ramadhan terakhir

Aku suka lagu Jangan lupa namaku - Pompa Bensin. Sayu. Cerita Ramadhan terakhir ni dekat TV3. Aku tak ada lah nak layan atau follow sangat cerita drama melayu. Adik dengan mak aku selalu tengok, aku terikut lah sekali. Nak tukar siaran tak boleh. Tapi jangan ketawakan aku, aku mudah menitiskan air mata. Itu bermakna aku normal, ada perasaan:) Sedih tahu tak cerita ni. Benci~
P.S : Pelik je nama band Pompa Bensin. hehe:p
Wednesday, August 17, 2011
Banana Popsicle

Bahan-bahan :
3 biji pisang yang tidak terlalu masak
150 gram coklat separa manis
150 gram coklat putih
3tsp shortening (vegetable fat)
Sprinkles warna-warni
Sprinkles coklat
6 batang kayu aiskrim
Kertas minyak (parchment paper)
Cutting board
Cara-cara

Langkah 1 - Kupas kulit pisang, dan potong pisang kepada dua bahagian. Cucuk kayu aiskrim di pisang tersebut hingga ke bahagian tengahnya, menjadikannya seperti aiskrim. Ketepikan "aiskrim-aiskrim" tersebut di atas cutting board atau piring plastik, dan letakkannya di dalam freezer sementara persiapkan bahan-bahan lain. Pisang yang sejuk akan membuatkan cokelat mengeras lebih cepat.

Langkah 2 - Bentangkan kertas minyak di atas meja. Sediakan sprinkles. Masukkan coklat separa manis dan 1 1/2 tsp shortening ke dalam sebuah mangkuk. Microwavekan ia pada kekuatan 100% selama 30 saat. Kemudian, kacau, serta microwavekan sekali lagi. Ulang untuk kali ketiga, jika perlu, sehingga coklat tersebut telah benar2 cair. Ulangi untuk coklat putih.

Langkah 3 - Ambil satu pisang dari dalam freezer (satu persatu). Letakkan di atas kertas minyak tersebut, dan tuangkan adunan coklat tadi ke atasnya. Golek-golekkan pisang tersebut sehingga coklat telah menyaluti kesemua permukaan pisang.

Langkah 4 - Hiaskan pisang tersebut dengan sprinkles yang anda sukai. Gunakan kreativiti (masing2) untuk menghias pisang tersebut. Pegang pisang tersebut selama lebih kurang seminit, untuk membiarkan coklat dan sprinkles tersebut melekat dengan kukuh. Setelah itu masukkan kembali ke dalam freezer.
Langkah 5 - Kaut/kikiskan/cedok kembali lebihan coklat di atas kertas minyak sebentar tadi, dan masukkan kembali ke dalam mangkuknya. Cairkan semula dengan memasukkan ke dalam microwave sekali lagi selama 30 saat, jika ia terlalu pekat. Ulangi langkah2 di atas untuk baki pisang yang ada.
Setelah semua pisang telah siap disaluti coklat dan dihias, masukkan ke dalam freezer peti sejuk selama 45-60 minit. Selepas itu, boleh dimakan seperti aiskrim~!
P.S : Nampak sedap kan :)
Monday, August 15, 2011
Wanita ahli Syurga & Ciri-cirinya
Apakah Ciri-Ciri Wanita ahli Syurga
Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.
Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :
1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan aib orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua (ibubapa).
15. Menyambung silaturahm dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.
Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :
“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)
Wallahu A’lam Bis Shawab.
P.S : dipetik daripada http://rahsiawanitahebat.blogspot.com

Koleksi komik

Aku suka membaca. apa-apa jenis bacaan. Tapi yang paling aku suka ialah komik. Dalam satu hari aku boleh habiskan beberapa buah komik. Semua jenis komik aku suka, samada komik local atau international. Komik keluaran Gempak Starz aku memang tak nak miss lah. Aku akan beli dan cari sampai dapat koleksi komik tu. Boleh di kategorikan fanatik juga lah. Berhabisan duit dekat komik ni bagi aku berbaloi lah juga. Kira dalam hidup ni aku amalkan juga membaca. kan kan. Aku sanggup tak makan kumpul duit semata-mata beli komik. haha. Bila dah dapat,puas hati. Tapi disebabkan aku boleh menghabiskan beberapa buah dalam satu hari tu yang aku nak lebih. Dekat rumah aku dah ada satu almari koleksi komik keluaran gempak starz. haa. nak PINJAM, TAK BOLEH. nak BACA, BOLEH TAPI TIDAK DIBENARKAN DILUAR KAWASAN RUMAH AKU. melainkan dengan keizinan aku. Hal ini adalah kerana aku pernah mengalami satu situasi dimana peminjam tidak memulangkan semula apa yang dipinjam. Yang pulangkan pula tidak memenuhi kriteria yang aku nak. (tercabut sana sini, koyak sana sini) Maaf jika ada yang tersinggung. peace :)
P.S : Kalau ada, meh share2. (Jangan risau, aku takkan jadi seperi diatas) :)
Sunday, August 14, 2011
Wanita itu sendiri adalah RAHSIA
NAFSU mengatakn wanita cantik atas dasar rupanya,
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu
dan kepandaiannya
dan HATI mengatakan wanita cantik atas dasarakhlaknya
Friday, August 12, 2011
petua kecantikan semulajadi

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut
Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Mengatasi Senggugut
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1/2 minggu sebelum haid. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .
Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.
Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.
Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Awet Muda
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.
Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.
Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.
Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
P.S : Dah cuba? Insyallah ;) Dipetik daripada http://rahsiawanitahebat.blogspot.com

Tuesday, August 9, 2011
Bazar Ramadhan

Macam-macam jenis makanan yang biasa dan tak biasa ada jual kat bazar ramadhan ni. Aku suka tengok, nak beli tu tak semua sebabnya mesti tak habis. Dah membazir. Tapi nafsu ni yang tak tahan, semuanya nak beli. Tapi yang aku mesti beli, air. Wajib(Kat rumah ada air tak nak minum, nak beli jugak) Kat bazar macam-macam air ada jual, mesti lah aku terliur. Kalau makanan yang ada kat bazar ni aku suka tengok kuih-muih. Best tau. Banyak kuih yang aku tak tahu nama. haha. (biasa lah, orang tahu makan je) so kalau korang tahu kuih-muih yang pelik2 meh kongsi sama. Aku nak tahu jugak. Apa pun enjoy pergi bazar ni:) dalam setahun, sebulan je bazar ni ada.
Lokasi Bazar Ramadhan 2011 bagi kawasan Shah Alam.
Seksyen 2, Shah Alam
Seksyen 7 (TPM), Shah Alam
Seksyen 13 (STADIUM SHAH ALAM), Shah Alam
Seksyen 17 (TPM), Shah Alam
Seksyen 18 (TPM), Shah Alam
Seksyen 20 (Berhampiran TPM), Shah Alam
Seksyen 25, Shah Alam
Seksyen U2 TTDI JAYA (TPS), Shah Alam
Seksyen U3 (SUBANG PERDANA), Shah Alam
Seksyen 6 (TLK REST. DAUD), Shah Alam
Seksyen 7 (JLN PLATINUM AD 7/AD) REST ALI CORNER, Shah Alam
Seksyen 7 (JLN KRISTAL AS7/AS), Shah Alam
Seksyen 8 (Dekat surau BLOK 17-18), Shah Alam
Seksyen 16 (Hadapan Dewan orang ramai), Shah Alam
Seksyen 18 (JLN 18/34 – Klinik Ahmad Shah), Shah Alam
Seksyen 19 (TPM), Shah Alam
Seksyen 24 (Tapak Usahawan MIKRO),Shah Alam
Seksyen 27 (Tapak Pasar Malam), Shah Alam
Seksyen 28 (Berhampiran KFC), Shah Alam
Seksyen 31 (JLN ANGGERIK ARANDA B 31/B Depan Pondok Polis Kota Kemuning), Shah Alam
Seksyen U5 (JLN UTARID U5/10) TPM, Shah Alam
Seksyen U8 (JALAN C U8/C Bukit Jelutong hadapan MY MYDIN), Shah Alam
Seksyen U10 (Tapak penjaja sementara), Shah Alam
SUBANG 2 (Tapak Pasar Malam), Shah Alam
Seksyen U13 (SETIA ALAM – CIMB BANK), Shah Alam
Seksyen U20 (BBSB FASA 1) (BUKIT RAHMAN PUTRA), Shah Alam
Seksyen U20 (BBSB FASA 2) (PEJ LUNCAI EMAS), Shah Alam
Seksyen U20 (BBSB FASA 3) (ECONSAVE), Shah Alam
P.S : Kenapa kawasan Shah Alam je? sebabnya aku tinggal dekat Shah Alam.
Sekarang dah jarang pergi bazar. Ikut pada mood:)
Monday, August 8, 2011
Kampung En TJ
Kampung En TJ ni dekat jengka 8, pahang.Aku first time pergi sana. (mesti lah kan,bukan kampung aku:p) Tujuan pergi, saja-saja la kot. kat sana boleh makan durian,manggis,rambutan. kat mana-mana pun ada tapi sini free:) Kat sana,jumpa mak dia,adik dan sedara dia lah. Kawasan felda,sama macam rumah maklong aku. malu lah jumpa mak mertua. hehe. Nasib sporting.
Yang best bazar ramadhan kat sana panjang gile. Tak larat nak pusing semua. Macam-macam makanan ada, yang pelik-pelik pun ada jual kat sana (makanan yang tak pernah aku tengok)
Hari seterusnya, pergi Gunung Senyum. Bulan puasa pergi jalan-jalan gunung. hahaha. Penat. Nasib iman ni kuat, kalau tak dah berbuka dah:p Memang satu hari berjalan. Singgah pasar malam dekat Jengka 23. Beli ikan Patin fresh sebab ikan patin tu di potong hidup-hidup. En TJ kata ikan Patin kat pahang je sedap, tempat lain ikan Patin berbau. Aku tak pernah makan ikan Patin. (Kesian aku kan) Balik rumah mak En TJ masak ikan Patin masak asam pedas tempoyak. sedap. tapi lagi sedap kalau pedas;) malamnya aku bertolak balik ke Shah Alam lalu Karak. Tak ada apa pun yang seram kawasan Karak tu. Cuma gelap, tak ada lampu jalan. Tu jelah.
P.S : orang baju hijau dalam gambar atas tu lah En TJ:) (lokasi gambar : Gunung Senyum)
Wednesday, August 3, 2011
tegur menegur

Sikap manusia sememangnya tidak sempurna dan ketidaksempurnaan itu boleh diperbaiki dengan teguran yang dibuat secara baik dan berhikmah. Tegurlah dengan niat bagi memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan atau sekurang-kurangnya mengelakkan kesilapan yang sama berulang kembali. Sampaikanlah yang benar itu walaupun ia pahit...
1) Ada banyak cara untuk menegur seseorang itu iaitu melalui tangan, lisan/lidah dan hati dan mesti menggunakan cara ini mengikut step serta kemampuan kita.
2) Seboleh-bolehnya janganlah mengaibkan seseorang itu dengan mendedahkan kesilapannya. Tegurlah dengan baik dan berhikmah. Gunakan saluran yang betul untuk menegur.
3) Teguran terhadap pemimpin mestiah dilakukan dengan elok dan berhikmah. Jika sudah terlalu teruk, boleh mendedahkan aib orang tersebut dengan niat untuk memberi pengajaran kepadanya dan juga pengajaran kepada orang lain.
4) Boleh mengangkat senjata untuk memerangi pemerintah yang banyak membuat kemungkaran dan meninggalkan solat jika sudah banyak kali ditegur.
5) Jika teguran itu betul, tidak menjadi masalah tentang identiti orang itu, boleh terima teguran tersebut.
P.S : aku tak jadi nak teruskan terawih gara-gara teguran sengat makcik ni.tak khusyuk nak solat sebab dalam hati rasa marah,geram.kalau tegur cara baik takpe,ni tak.haish.dugaan.
Tuesday, August 2, 2011
cara mandi hadas (mandi wajib)

Mandi wajib atau dinamakan mandi hadas disebabkan keluarnya mani, keluar darah haid, nifas dan berjunub (bersetubuh) antara suami dan isteri. Menurut pandangan As-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah jilid 1 mengatakan bahawa :
"Mandi adalah meratakan air ke seluruh tubuh".
Mandi disyariatkan berdasarkan Firman Allah yang bermaksud : "…dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib…". (Al-Maidah : 6)
Jelas di sini bahawa mandi wajib adalah menyampaikan air keseluruh anggota-anggota zahir tanpa ada halangan seperti cat, sisik ikan, minyak dan seumpamanya. Jika ada perkara yang menghalang air sampai ke seluruh anggota badan, maka tidak sah mandi tersebut dan ia perlu mengulangi mandi tersebut.
Perkara-perkara yang mewajibkan mandi :-
1. Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).
3. Keluar mani walaupun sedikit.
4. Mati melainkan mati syahid.
5. Keluar haid bagi perempuan.
6. Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).
7. Wiladah atau melahirkan anak.
Fardhu mandi
Pertama :
Niat
Keluar mani atau keluar haid dan nifas
نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.
Mandi disebabkan keluarnya darah nifas
نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.
Kedua :
Menghilangkan najis daripada anggota badan. Iaitu sebelum memulakan mandi, perlulah terlebih dahulu membersihkan atau menghilangkan najis daripada anggota badan.
Ketiga :
Mengalirkan atau meratakan air ke seluruh anggota badan. Maksudnya ialah menyampaikan air ke seluruh bulu, rambut, seluruh anggota badan dan mengalirkan air kepada tempat-tempat yang zahir daripada khubul dan dubur.
Cara mandi
1. Sebelum memulakan mandi hadas, maka terlebih dahulu mandi biasa untuk membersihkan tubuh, menghilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan. Perlulah disabun terlebih dahulu sebagai tanda menghilangkan kotoran sebelum mandi hadas. Ingatan saya, jangan ketika mandi hadas anda sabun, kerana sabun itu bukan dari air yang mutlak dan mandi hadas anda boleh menjadi tidak sah di sebabkan sabun tersebut.
2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
3.Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
4. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
7. Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)