Saturday, November 15, 2014

Easy to sleep vs Hard to sleep

Assalamualaikum,

 

Agak lama juga tak update post dekat blog ni. Dan malam ni saja nak menaip sebab aku yang senang nak tidur ni tak boleh tidur. Mungkin disebabkan petang tadi pekena kopi 'o' ais. (Kandungan kaffein) Post entry kali ni saja nak citer tentang orang yg mudah dan susah untuk lelap. Aku boleh dikategorikan sebagai orang yg mudah atau cepat je boleh lelap. Letak lah dekat mana-mana pun sejuk ke panas suhu cuaca aku boleh tidur mcm tu je. Ini adalah fakta bukan auta. Hahaha. So jangan cemburu bagi orang yang susah nak tidur. Like my husband, dia memang payah nak tidur. Siap nak kena picit kepala lah, dodoi lah. Aku pula dah janji dgn dia setiap hari aku picitkan kepala dia. Memang dia ungkit dan tuntut lah. Jadi aku kena lah kotakan janji. Hahaha

Dan faktor-faktor atau penyebab susah nak tidur adalah (1) waktu tidur yang tak menentu (bangun lambat tidur pun lambat lah) dan biasanya kalau dah tidur siang lebih dari 2 jam, malam confirm lambat atau susah nak tidur. tu biasa sgt dah. Tapi kalau aku ia tak memberi kesan, aku boleh je tidur. (2) tidur dalam keadaan perut yg lapar. Selalu kena dekat orang yang nak diet, tahan lapar bila malam mula lah jenuh nak tidur. Perut bekeroncong je. Aku dan suami kadang-kadang kitorang makan malam sebelum pukul 7. Mungkin suami aku perut dia lapar balik, tapi dia tak bagitahu aku pun. Hahaha. (3) fizikal dan mental yang tak stabil. Fizikal badan kita tak cukup penat atau bekerja dengan aktiviti harian dan mental kurang stabil; stress, gelisah, resah tu semua boleh buatkan kita susah nak tidur. Bagi suami aku, mungkin dia stress sebab isteri dia ni kuat tidur dan mudah sangat nak tidur. Hahaha. Cemburu lahh tu :D




P.S : Tips untuk mudah tidur; ambil wuduk, baca surah pendek (3qul), baca doa tidur. Zzzzz.
Goodnight people! :)

No comments:

Post a Comment