Saturday, November 15, 2014

Easy to sleep vs Hard to sleep

Assalamualaikum,

 

Agak lama juga tak update post dekat blog ni. Dan malam ni saja nak menaip sebab aku yang senang nak tidur ni tak boleh tidur. Mungkin disebabkan petang tadi pekena kopi 'o' ais. (Kandungan kaffein) Post entry kali ni saja nak citer tentang orang yg mudah dan susah untuk lelap. Aku boleh dikategorikan sebagai orang yg mudah atau cepat je boleh lelap. Letak lah dekat mana-mana pun sejuk ke panas suhu cuaca aku boleh tidur mcm tu je. Ini adalah fakta bukan auta. Hahaha. So jangan cemburu bagi orang yang susah nak tidur. Like my husband, dia memang payah nak tidur. Siap nak kena picit kepala lah, dodoi lah. Aku pula dah janji dgn dia setiap hari aku picitkan kepala dia. Memang dia ungkit dan tuntut lah. Jadi aku kena lah kotakan janji. Hahaha

Dan faktor-faktor atau penyebab susah nak tidur adalah (1) waktu tidur yang tak menentu (bangun lambat tidur pun lambat lah) dan biasanya kalau dah tidur siang lebih dari 2 jam, malam confirm lambat atau susah nak tidur. tu biasa sgt dah. Tapi kalau aku ia tak memberi kesan, aku boleh je tidur. (2) tidur dalam keadaan perut yg lapar. Selalu kena dekat orang yang nak diet, tahan lapar bila malam mula lah jenuh nak tidur. Perut bekeroncong je. Aku dan suami kadang-kadang kitorang makan malam sebelum pukul 7. Mungkin suami aku perut dia lapar balik, tapi dia tak bagitahu aku pun. Hahaha. (3) fizikal dan mental yang tak stabil. Fizikal badan kita tak cukup penat atau bekerja dengan aktiviti harian dan mental kurang stabil; stress, gelisah, resah tu semua boleh buatkan kita susah nak tidur. Bagi suami aku, mungkin dia stress sebab isteri dia ni kuat tidur dan mudah sangat nak tidur. Hahaha. Cemburu lahh tu :D




P.S : Tips untuk mudah tidur; ambil wuduk, baca surah pendek (3qul), baca doa tidur. Zzzzz.
Goodnight people! :)

Wednesday, August 20, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum,

  

28 July 2014, Isnin. @Sungkai, Perak
Tahun pertama raya ni aku dan suami beraya bersama keluarga aku:) Suami aku bagi peluang kepada aku untuk beraya bersama bonda dan abah. Tahun ni kami beraya di rumah Paklong dan arwah Maklong (Kakak bonda) di Felda Besout, Sungkai, Perak. Dah lama aku tak beraya dekat sana sejak pemergian arwah. (Sebak) Sebelah bonda dah tak ada siapa dkt kmpg, yg tgl cuma sebelah abah aku, nenek. Sebab tu kalau ikut giliran raya sebelah bonda, ada 2 tempat kalau sedara mara berkumpul samada dkt Perak atau Klang, rumah Maktam (Adik bonda). Yang pentingnya, En. TJ sangat baik sebab beralah dengan isteri dia ni. Hehehe. Tapi... lepas ni setiap tahun kena raya dkt kmpg dia. Hahaha. Dan sempena hari yang mulia ni, aku mengambil kesempatan untuk bermaaf-maafan dengan bonda n abah, adik beradik, saudara mara dan juga orang baru dalam keluarga ni, suami ku, En. TJ. Sebagai isteri kepada awak, saya berusaha jadikan kehidupan kita lebih bermakna dan sempurna walaupun saya banyak kekurangan dan kelemahan. Sayang, cinta dan kasih saya dkt awak sentiasa sampai syurga. Saya yakin awak adalah jodoh saya yang Allah dah janjikan kepada setiap hambaNya. Bonda n abah, i love both of you soo sooo much. Tak ternilai kasih dan sayang ni :')



P.S : Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ok, byebye:)

Thursday, March 20, 2014

Final Examination Semester 5

Assalammualaikum,

Dah nak hujung sem 5, final exam pun nak dekat jadi ni lah masanya utk buat ulangkaji. Alhamdulillah setakat ni tak ada repeat paper, jadi sem ni aku ada 5 subjek, 4 subjek yg ada final exam. 1 lagi tu subjek creative n critical thinking, CCT. Tak ada final exam, tp pemarkahan dekat aktiviti2 n report yg kita hantar dan its up to the lecturer. Moga2 A lah resultnya.:) Anyway, Good luck kepada kawan2 BM111/5!:)



P.S : Yeyy,habis ni cuti 2 bulan. I tak sabar nak balikkk! Rindu dah membuak-buak! Hehehe:D #Family #Bbunny