Friday, December 23, 2011

BMD1BC


The list name of Family:
Ladies-
1. Nurul Farah Husna
2. Nur Fatin
3. Zurhanim Azreen
4. Sakinah
5. Asilalatin
6. Nur Athirah
7. Nurul Adila
8. Nor Zafira
9. Rosshaziella Rozaini
10. Nur Azmina
11. Nur Iliyana
12. Nurmunirah
13. Noorfadzilah
14. Nurul Jannah
15. Izzati
16. Nurul Azzah Nafisah
17. Nur Amira Izaty

Gentleman-
1. Muhd Iddin Ariff
2. Fikri Zakhwan
3. Muhd Hasreen Hazwan
4. Muhd Nazirul
5. Anas
6. Mohd Safwan
7. Muhd Nizam
8. Muhd Jurais
9. Nor Ihsan
10. Muhd Azfar
11. Mohd Luqman
12. Roshafizi
13. Mohd Faridzul
14. Mohd Hilmi Danial
15. Ismail
16. Abu Naim

Saturday, December 3, 2011

Railway&Taxi Services Perlis

Railway Services
Keretapi Tanah Melayu Bhd-24hrs Service/Padang Besar, Perlis Indera Kayangan. Tel : 04-949 0231
Keretapi Tanah Melayu Bhd-24hrs Service/Arau, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-986 1225

Taxi Services
Abd Rashid b Abd Rahman-Persatuan Tuan-Tuan Empunya, Kereta Sewa Arau, Arau, Perlis Indera Kayangan.Tel : 04-936 5303
Abu Bakar Temagun-4, Kaunter Bas, Padang Besar, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-949 0967
Fauzi Ahmad-26-B Jalan Besar, Kangar, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-763 300
Mat Radzi Jib-LLN 1703-BA, Jalan Besar, Kangar, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-985 4826
Padang Sepakat Sdn Bhd-7, Kaunter Teksi, Padang Besar, Perlis Indera Kayangan.Tel : 04-949 0204
Sykt Bekerjasama-sama Kenderaan & Pengangkutan Pulau Langkawi Jabatan Pembangunan Koperasi-1, Jalan Tepi Jeti, Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-985 5410
Sykt Maju Jaya-Perhentian Teksi KBesar, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-985 5395
Sykt Pandu Utara-615, Kuanter Teksi, Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan.
Tel : 04-985 5394, 949 0889
Teksi Luar Bandar Utara Sdn Bhd-1, Jalan Indera Kayangan, Kangar, Perlis
Indera Kayangan.Tel : 04-976 5375


P.S : Info ni khas untuk student2 Perlis. kalian boleh guna perkhidmatan kenderaan awam yang tertera :)

Tuesday, November 29, 2011

Invade:The Store




P.S : Aku post entry ni untuk tujuan promote. korang boleh tengok lebih detail dekat fb. lagi detail pergi kedainya. haha. ok peace;p

Friday, November 25, 2011

Hello Uitm Perlis!

Thanks to Allah. Aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, Uitm Arau, Perlis. Second intake, Diploma Pengurusan Perniagaan, BM111. Perasaan aku? Bahagia, teruja, suka, semua perasaan tak tergambar. Awal-awal yang aku fikir, aku akan berjauhan dengan keluarga, kawan2, orang tersayang. Itu sedih:( Tapi dekat sini nanti aku boleh belajar berdikari, jumpa kawan baru, belajar benda baru. Kann? Perlis, perlis, perlis... agak jauh juga lah dari rumah aku, Shah Alam. Naik bas 8-9 jam. Hrmm, tak apa lah, 3 tahun je. (Sedapkan hati)




P.S: Seronokk!

Thursday, November 3, 2011

Drive without license


Oh oh. aku sudah berani2 mencuba ni. Memandu kereta tapi tak ada lesen. apa nak jadi ni. haha. Aku belajar bawa kereta ni pun dari En TJ. dia yang ajar eh. aku bukan tak nak pi buat lesen kereta, masa tak ada, kos pula tak mencukupi buat masa ni. Banyak benda nak kena guna duit. dan itu lagi penting dari memiliki lesen kereta. aku jarang nak bawa kereta ni, ada kereta mak ayah je pun. aku tak ada lah nak bawa kereta mereka, kereta yang jadi mangsa aku kereta En TJ. He trust me. dia tahu aku boleh memandu dengan baik. kadang2 nervous juga. kat jalanraya banyak kereta sekarang ni. Rimas i. huhu.



P.S : Jangan jadi macam di atas. tapi aku tahu dekat luar tu banyak yang mcm ni. haha. Be carefull ok.

Wednesday, October 26, 2011

Starmovie: Nowhere Boy


I love love love this movie. Nice and oldshool music and scene. Cerita ni dah lama keluar, aku je baru tengok baru-baru ni. hahaha. Korang kena tengok, nanti korang mesti suka punya lah. peace :) Ooh John Lennon<3




P.S : Aku suka satu lagu dalam cerita ni, In Spite Of All The Danger. huuuhu :P

Monday, October 24, 2011

Hijab's fashion

*Tudung bawal

tudung bawal famous masa ketika dulu. zaman sekarang dah tak famous sangat. Dulu tudung ni famous dengan diamond2 keliling (dulu mak aku suka sangat, siap collection lagi) sekarang ni pun jarang dah tengok awek2 pakai tudung bawal, makcik2 banyak lagi yang memakai tudung bawal ni. hehe
*Tudung Bienda

fesyen tudung ni famous sebab Bienda yang mula-mula gayakan.nama pun tudung Bienda. tudung yang belit-belit kat tepi.
*Tudung Wardina

fesyen tudung Wardina ni famous masa awal-awal Wardina pakai tudung. kategori fesyen tudung yang belit-belit juga cuma lepas belit-belit, letak keronsang kat atas kepala. Fesyen ni guna tudung bawal. (masa dulu-dulu lah)
*Tudung Express

tudung ni yang paling famous sekarang ni. sebabnya tudung ni mudah & cepat dipakai. sarung dan tak payah nak pin atau keronsang. Tudung ni banyak nama, tengok kat butik2, kedai2 macam2 nama ada.
*Tudung ala Dato' Siti Nurhaliza

fesyen tudung macam Dato' Siti unik dan exotic. Aku suka tgk jelah, nak pakai tu tak kot.
*Tudung Shawl

Shawl, tudung yang memang tengah panas macam goreng pisang. Majoriri pemakai di kalangan remaja. 1st idol mereka adalah Yunalis Zarai. Shawl ada macam2 bentuk, corak, warna. Memang menarik & comel2. Tapi aku memang tak pandai nak menggayakan tudung shawl mcm ni. dah lah aku ni lasak. Kang dah tak serupa tudung pula. hahaha.
*Tudung Syria

tudung ni lebih kurang macam tudung express cuma nama je lain. haha. Aku suka tudung ni, nampak kemas dan elegant. Colourful pula tu.
*Tudung Yuna & Hana Tajima

This the latest one Hijab's fashion. tapi bagi aku fesyen tudung Yuna ala-ala shawl juga dan sekarang pun yuna dah ubah gaya tudung dia. lebih exotic and trendy :P Gaya tudung Hana Tajima lebih kurang macam yuna cuma dia guna Satin shawl. (aku kurang berminat dengan satin shawl sebab macam serabut je, upsss jgn marah)
*TAPI Tudung gaya macam ni yang kita perlu follow




P.S : Aku pakai tudung express klu nk cepat.Shawl kurang la.tudung bawal aku pakai tapi bukan yg nampak crowded sgt. haha. peace :P

Sunday, October 16, 2011

Lipstick, Lipbalm, Lipgloss

Semua womans and girls majoriti pakai lipstick dan memang tak miss pakai lipstick, hehe. Tapi bagi aku, aku rasa aku memang tak sesuai pakai lipstick. tak tahu kenapa. aku rasa bibir aku ni tebal semacam je kalau pakai. tapi skrg bkn lipstcik je ada, ada lip gloss, lip balm etc. semua tu pun aku tak pakai. (untung lah save duit En TJ) hahaha. Tapi skrg aku belajar pakai lip balm. (En TJ yang suruh ni) Yelah kan takde lah kering je tgk. Ok, aku nak cerita yang aku pakai lip balm Elianto raspberry. harga RM8/per. murah kan. Aku pun baru je cuba2 pakai lip balm ni.

Wednesday, October 12, 2011

Kursus kahwin 2011


Dah lama tak update blog ni.busy dgn kje En A (Bos) bagi. ahahaha.
Ok, sabtu dan ahad lepas 8/10-9/10 aku pergi kursus kahwin. Nanti tak payah pergi amik dah. Bukan amik kursus kahwin nak kahwin dah, eh tak :) Ni cuma untuk prepare masa akan datang je. Pergi kursus ni kne dengar ceramah je. 8 ceramah dan semuanya mengenai alam perkahwinan suami isteri. Penceramah yang best ok lah, ada yang tak berapa best naik mengantuk mata ni. Stres aku dengan ceramah lawak berbaur lucah. haha :D Start dari pukul 8am-5pm. Penat jugak badan ni walaupun dengar ceramah je.


P.S : Korang pun pergi lah kursus kahwin ni untuk masa hadapan. Takde sijil tak boleh kahwin au.

Thursday, October 6, 2011

rawatan gigi

Aku ronda-ronda cari klinik gigi dgn En TJ tapi tak berapa nak sempat sebab klinik gigi tutup awal. Dalam masa yang sama nak tanya kos buat braces. hehe. Tak semua klinik gigi ada buat rawatan pemasangan pendakap gigi (braces)ni.
Aku pun buka cerita
Aku : Awk,saya dengar org kata kalau buat braces dkt kampung murah.
EN TJ : Memang lah murah. Doktor gigi kat sana tak banyak pengalaman sebab takde orang kampung pakai braces. Nak ulang alik check up, risiko sbb tak byk pengalaman. awk nk?
Aku : Hmm. (fikir banyak kali)
En TJ : Baik awak buat dekat sini-sini jelah. Kalau saya bayar kos buat braces ni tolak wang hantaran. hahaha
Aku dalam hati kurang asam mat ni :P

Jadi aku buat scalling gigi (cuci gigi) jela dekat Klinik pergigian Azfar,sek 28. Kos buat scalling gigi ni RM90. First time aku buat, memang bersih lah gigi aku ni daripada karang-karang laut. haha. Dan sebenarnya aku takut nak jumpa doktor gigi dari kecik lagi. Bagi aku doktor gigi menyeramkan sebab aku sensitif dengan bab-bab gigi ni.



P.S : Dah jumpa doktor gigi, tak takut dah. doktor gigi ok je :)

Sunday, October 2, 2011

Hukum memakai braces


Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Wallahu a’lam.
Sumber http://www.iluvislam.com

P.S : Fuuhhh.(lega dalam hati)

Friday, September 30, 2011

Zombie warehouse Padini


Date : 30 Sept 2011, Jumaat
Time : 1.00 pm

Gempak warehouse clearence Padini buat tahun ni. Ok,aku pergi sana jugak tapi tak dapat masuk, dah tutup (alasan stock habis) tapi bila fikir balik tak logik kilang besar macam tu habis barang tapi memang ramai sangat datang. Aku pergi tengahari, panas-panas pun ramai dok tunggu kat luar nak masuk. Aku malas tunggu lama so aku pun beredar. Jalan jem, kereta motor banyak sepanjang jalan dekat glenmarie tu. (sanggup diorang ni kan) Yang kelakar, diorang sume kat sana dah jadi zombie, marah amuk sebab tak dapat masuk. mana tak nye RM5 sume barang2 tu. Aku pun nak jugak! tapi not my rezeki. Its okay (merajuk ni)



P.S : Zombie, zombie... hahaha :P

Thursday, September 22, 2011

Padini Warehouse Clerance 2011 (All RM5)

Padini Warehouse Clearance 2011 (All priced at RM 5)
Check out the Padini Warehouse Clearance !!!
All priced at RM 5 only !!!

Date : 30 September - 1st October 2011
Time : 9am to 5pm
Location : Padini Holdings Bhd, Shah Alam (Click on the image for larger map view)

* Cash Only

Let's recommend this to your friends so that everyone will get the best bargain at the best price !!!



P.S : Jom serbuuuu. hahaha :D

Monday, September 19, 2011

Items to be completed

Tunggu beberapa hari lagi untuk aku meninggalkan rumah & keluarga. (bukan nak mati, hehe) Mendaftarkan diri ke uitm Perlis, 16/11 ni. Jauh, Shah alam->Perak->Kedah->Perlis. Jadi, banyak barang keperluan yg perlu aku sediakan awal2 supaya tak kelam kabut nanti. Dan dekat bawah ni antara senarai2

My list :
Dry goods -
Bantal
Sarung tilam bantal, selimut
Kasut sukan, selipar, sandle
Tshirt putih
Seluar track suit
Baju kurung
Pyjamas (wajib,kalau tak aku tak selesa nak tidur)
Luggage utk letak baju seluar semua
Penyangkut baju
Baldi
Bakul baju
Handbag, bag laptop, bag make-up
Telekung, sejadah
Al-quran

Wet goods -
Berus gigi
Ubat gigi
Sponge, brush
Shower gel
Haircare; shampoo, conditioner
Skincare; cleanser, scrub, moisturizer
Detergent, softener (jgn lupa utk laundry baju nanti)

Foods -
Aku perlukan roti & biskut.


P.S : Ok.perlu ke buat mcm ni? hahaha. saja nak berkongsi :P peace

Wednesday, September 14, 2011

Senarai pawagam di Selangor & Kuala Lumpur

Daerah Selangor

Ampang - MBO Galaxy Ampang
Balakong - TGV Cheras Selatan
Bandar Sunway - TGV Sunway Piramid
Damansara - Cineleisure Damansara
Kajang - Metrowealth Kajang Cineplex
Kajang - LFS Cinemas Kajang
Kelang - TGV Bukit Tinggi, Kelang
Klang - GSC Shaw Centrepoint Klang
Klang - TGV Bukit Raja
Klang - LFS Sri Intan
Klang - MBO Harbour Place
Klang - LFS Cinemas Shaw Centerpoint Klang
KUALA SELANGOR - LFS Kuala Selangor
Petaling Jaya - GSC 1 Utama
Petaling jaya - TGV 1 Utama
Petaling Jaya - Five Star State Cineplex
Petaling Jaya - GSC Tropicana City Mall
Puchong - GSC IOI Mall
Selayang - BIG Cinemas Summit Selayang
Selayang - LFS Selayang Mall
Seri Kembangan - TGV The Mines
Subang Jaya - GSC Summit USJ

Daerah Kuala Lumpur

Bangsar - GSC Mid Valley
Bukit Bintang - GSC Pavillion
Bukit Bintang - GSC Berjaya Time Square (BTS)
Cheras - GSC Cheras Leisure Mall
Cheras - MBO Viva Home, Cheras
Desa Petaling - MBO Spark Desa Petaling
Kepong - TGV Kepong
Kepong - BIG Cinemas Brem Mall
Kuala Lumpur - GSC Signature @ The Gardens
Kuala Lumpur - TGV Suria KLCC
Kuala Lumpur - TGV Cap Square
Kuala Lumpur - Iswaria Odean
Kuala Lumpur - Coliseum
Kuala Lumpur - Berjaya IMAX
Wanga Maju - TGV Wangsa Walk Mall



P.S : Yg aku highlight dekat atas tempat yg selalu aku pergi tgk wayang :)

Friday, September 9, 2011

Open house 2011



Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya 2011

Tarikh : 11 September 2011 (Ahad)
Masa : 12.00pm - 5.00pm
Tempat : No.45, Jalan Saksofon Taman Alam Indah 33/15, Seksyen 33 Shah Alam

Ada sate ayam & daging, nasi impit, rendang ayam & daging, roti jala, kari ayam, pulut, cupcake KIWILEMON (official cupcake aku) desserts best. mai datang, tak selalu.
Jemput hadir:)



P.S : Datang lah rumah. hee. peace:)

Monday, September 5, 2011

The haters





P.S : Im not ready to forgive you yet... (En TJ notty)

Raya+Merdeka


Selamat Hari Rayaaaa
Salam Merdeka 1 Malaysia :)

Sebelum raya (Bulan puasa)
Aku dah cat luar rumah dengan pertolongan En Tj. 2 hari je dah siap. Kalau aku sorang mengecat tak siap jawabnya, lagi-lagi dalam bulan puasa. Lepas raya baru cat bilik aku & adik. Aku bosan tengok bilik yg sama, jadi aku nak ubah susun atur dalam bilik. Baju raya tempah satu set family, warna biru. Sebelum ni tak satu set pun, tahun ni saja nak nampak sedondon.

Hari Raya
Tahun ni balik raya Johor.Malam raya bertolak balik kampung. Lepas berbuka. Ramai sedara mara abah aku balik raya tahun ni. Hari Raya pertama bosan sikit. Raya kedua lelaki marhaban. Hensem juga pakcik2 yang datang rumah atuk aku. haha. Raya ketiga wanita marhaban, aku tak pergi. sakit perut + cirit-birit + malas. Raya keempat balik Shah Alam. Raya kelima mengemas rumah, basuh sana sini, isi kuih kerepek asam dalam bekas kuih, macam2. Nak cerita seterusnya memang tak habis2. Jadi dekat sini saya nak mengambil kesempatan, mohon maaf salah & silap dari segi tutur kata mahupun perilaku selama ni.



P.S : Aku masih dapat duit raya tau. haha

Wednesday, August 24, 2011

Masih suami isteri kah di alam akhirat

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan olehAllah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda " Tiada si bujang di dalam syurga"(Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak
berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk
syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan kekal bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Wallahualam



P.S : Sumber http://rahsiawanitahebat.blogspot.com

Ramadhan terakhir


Aku suka lagu Jangan lupa namaku - Pompa Bensin. Sayu. Cerita Ramadhan terakhir ni dekat TV3. Aku tak ada lah nak layan atau follow sangat cerita drama melayu. Adik dengan mak aku selalu tengok, aku terikut lah sekali. Nak tukar siaran tak boleh. Tapi jangan ketawakan aku, aku mudah menitiskan air mata. Itu bermakna aku normal, ada perasaan:) Sedih tahu tak cerita ni. Benci~





P.S : Pelik je nama band Pompa Bensin. hehe:p

Wednesday, August 17, 2011

Banana Popsicle


Bahan-bahan :
3 biji pisang yang tidak terlalu masak
150 gram coklat separa manis
150 gram coklat putih
3tsp shortening (vegetable fat)
Sprinkles warna-warni
Sprinkles coklat
6 batang kayu aiskrim
Kertas minyak (parchment paper)
Cutting board

Cara-cara

Langkah 1 - Kupas kulit pisang, dan potong pisang kepada dua bahagian. Cucuk kayu aiskrim di pisang tersebut hingga ke bahagian tengahnya, menjadikannya seperti aiskrim. Ketepikan "aiskrim-aiskrim" tersebut di atas cutting board atau piring plastik, dan letakkannya di dalam freezer sementara persiapkan bahan-bahan lain. Pisang yang sejuk akan membuatkan cokelat mengeras lebih cepat.

Langkah 2 - Bentangkan kertas minyak di atas meja. Sediakan sprinkles. Masukkan coklat separa manis dan 1 1/2 tsp shortening ke dalam sebuah mangkuk. Microwavekan ia pada kekuatan 100% selama 30 saat. Kemudian, kacau, serta microwavekan sekali lagi. Ulang untuk kali ketiga, jika perlu, sehingga coklat tersebut telah benar2 cair. Ulangi untuk coklat putih.

Langkah 3 - Ambil satu pisang dari dalam freezer (satu persatu). Letakkan di atas kertas minyak tersebut, dan tuangkan adunan coklat tadi ke atasnya. Golek-golekkan pisang tersebut sehingga coklat telah menyaluti kesemua permukaan pisang.

Langkah 4 - Hiaskan pisang tersebut dengan sprinkles yang anda sukai. Gunakan kreativiti (masing2) untuk menghias pisang tersebut. Pegang pisang tersebut selama lebih kurang seminit, untuk membiarkan coklat dan sprinkles tersebut melekat dengan kukuh. Setelah itu masukkan kembali ke dalam freezer.
Langkah 5 - Kaut/kikiskan/cedok kembali lebihan coklat di atas kertas minyak sebentar tadi, dan masukkan kembali ke dalam mangkuknya. Cairkan semula dengan memasukkan ke dalam microwave sekali lagi selama 30 saat, jika ia terlalu pekat. Ulangi langkah2 di atas untuk baki pisang yang ada.
Setelah semua pisang telah siap disaluti coklat dan dihias, masukkan ke dalam freezer peti sejuk selama 45-60 minit. Selepas itu, boleh dimakan seperti aiskrim~!



P.S : Nampak sedap kan :)

Monday, August 15, 2011

Wanita ahli Syurga & Ciri-cirinya

Apakah Ciri-Ciri Wanita ahli Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?
Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan aib orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua (ibubapa).
15. Menyambung silaturahm dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang kami sadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :
“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam Surga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)

Wallahu A’lam Bis Shawab.



P.S : dipetik daripada http://rahsiawanitahebat.blogspot.com

Koleksi komik




Aku suka membaca. apa-apa jenis bacaan. Tapi yang paling aku suka ialah komik. Dalam satu hari aku boleh habiskan beberapa buah komik. Semua jenis komik aku suka, samada komik local atau international. Komik keluaran Gempak Starz aku memang tak nak miss lah. Aku akan beli dan cari sampai dapat koleksi komik tu. Boleh di kategorikan fanatik juga lah. Berhabisan duit dekat komik ni bagi aku berbaloi lah juga. Kira dalam hidup ni aku amalkan juga membaca. kan kan. Aku sanggup tak makan kumpul duit semata-mata beli komik. haha. Bila dah dapat,puas hati. Tapi disebabkan aku boleh menghabiskan beberapa buah dalam satu hari tu yang aku nak lebih. Dekat rumah aku dah ada satu almari koleksi komik keluaran gempak starz. haa. nak PINJAM, TAK BOLEH. nak BACA, BOLEH TAPI TIDAK DIBENARKAN DILUAR KAWASAN RUMAH AKU. melainkan dengan keizinan aku. Hal ini adalah kerana aku pernah mengalami satu situasi dimana peminjam tidak memulangkan semula apa yang dipinjam. Yang pulangkan pula tidak memenuhi kriteria yang aku nak. (tercabut sana sini, koyak sana sini) Maaf jika ada yang tersinggung. peace :)



P.S : Kalau ada, meh share2. (Jangan risau, aku takkan jadi seperi diatas) :)

Sunday, August 14, 2011

Wanita itu sendiri adalah RAHSIA

NAFSU mengatakn wanita cantik atas dasar rupanya,
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu
dan kepandaiannya
dan HATI mengatakan wanita cantik
atas dasarakhlaknya

Friday, August 12, 2011

petua kecantikan semulajadi


Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Merawat Senggugut
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
Rambut Lebat
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1/2 minggu sebelum haid. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

Awet Muda
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimakan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.




P.S : Dah cuba? Insyallah ;) Dipetik daripada http://rahsiawanitahebat.blogspot.com