Tuesday, January 27, 2015

The 1st trimester of 1st baby

Assalamualaikum :)

Alhamdulilah, entri kali ni adalah satu berita gembira dan elok kalau kita berkongsi bersama :) Kisahnya, bulan 11/2014 disebabkan aku noted period cycle aku dekat period calendar apps (blh download dekat google play), bulan tu aku 2 minggu lewat sepatutnya dari date datang haid dan ini membuatkan aku musykil kenapa tak datang2 haid lagi ni. Jadi, aku pun bagitahu lah En. TJ pasal hal ni. Dia kata entah2 lekat baby ni, nanti kita pergi beli pregnancy test dkt farmasi. Kitorang beli pregnancy test ni dekat guardian harga dia dalam RM18 - RM 19 mcm tu ada 2 strips. Yang 1 strip je pun ada jual, harga dia dalam RM7 - RM8. Aku beli 2 strips punya sebab spare kot 1st check tak dapat baca result dia ada satu lagi, so kita beli siap2 in case jadi mcm ni. Pelbagai jenis pregnancy test dijual dari harga murah ke mahal. Kita cari yg biasa2 punya dah lah sebab function nya sama je.

Aku check pada awal pagi masa nak mandi sebelum subuh tu. Kenapa pagi? Sebabnya pada waktu tu lebih afdal dan insyAllah bacaannya adalah 99% tepat. And the result keluar double line, tanda positif dan sah hamil. Alhamdulillah, dalam hati syukur sgt tapi masih ada perasaan takut kot bacaan tu tak betul, nanti memainkan perasaan ku yang fragile ni :') Strip tu aku saja tinggalkan atas washing machine dlm bilik air. Konon nak En. TJ tgk sendiri tanpa aku sendiri memberitahu dia. Hehehe.

22/12/2014, kita pergi klinik desa area Padang Jawa dekat dengan rumah untuk mendapatkan kesahihan pregnancy aku ni. Pergi tanya nurse dekat klinik tu dia tanya kita alamat rumah dulu sebab kena g klinik ikut kawasan tempat tinggal kita sekarang. Dan alamat rumah aku ni dia kata kena pergi klinik kesihatan Seksyen 7, jadi kitorang pun pergilah klinik kesihatan Seksyen 7 berdekatan Uitm Shah Alam tu. Sampai sana aku bagitahu dekat staf kaunter pertanyaan nak check pregnancy. Dia bagi no. giliran dan suruh tunggu dekat ruangan tempat menunggu. Tunggu punya tunggu rasa pelik kenapa lama semacam je kena tunggu tak buat apa2. No. giliran aku tak naik tapi naik no. lepas aku. Aku masuk bilik doktor tanya doktor no. giliran saya dah terlepas ke? Doktor pun bagitahu laa, no. awak ni awak tak pergi daftar lagi ya dekat kaunter pendaftaran. Awak kena pergi situ dulu, daftar lepas tu dtg balik dlm bilik ni. En. TJ dah hilang kesabaran. Pertama kali kot, mana lah nak tahu apa, kan. (Nasiblah klinik kerajaan) Doktor terus proceed je dengan aku check urine semua (kena caj RM20 untuk pregnancy test). Resultnya ia postitif. Syukur dan lega rasanya. Doktor kata usia kandungan aku waktu ni 4 minggu, awal lagi kalau nak tengok melalui scan, datang semula sebulan lagi terus buat buku pink. Dan doktor tu bagi folic acid (28 biji), 1 biji sekali makan 1 kali sehari selepas makan waktu pagi. (Kecil je saiz pil ni)

27/01/2015, pergi klinik semula untuk buat buku pink. Ambil no. giliran, nurse bagi 2 buku pink, kita kena isi halaman depan buku tu. 1 untuk simpanan klinik dan 1 lagi untuk kita.
Lepas dah siap isi,
*check berat badan, ketinggian dan BMI. Berat badan aku 45.5kg ketinggian 149.5cm, BMI 20.4
*check darah dan urine
*check tekanan darah, nadi, edema, pengiraan usia kandungan, ukur saiz rahim. Masa yang ni nurse akan tanya kita lagi sekali bila tarikh 1st dtg bulan yg terakhir untuk kira usia kandungan. Nurse kira usia kandungan aku dah 13 minggu. lepas tu dia akan kira jangkaan bila kita bersalin. jangkaan bagi kandungan aku ni nurse kata 4/8. (Tak ada geng lah baby kalau keluar bulan tu, ayahnya bulan 7 aunty Azzah dia bulan 9. Hahaha) Apa pun nurse ada bagitahu dalam usia macam ni kalau ada pendarahan kecil tu adalah petanda keguguran, kena segera pergi hospital. (Dalam hati ni Ya Allah, harap baby dalam kandungan ni sihat) Aku redha dan tawakal. Allah Maha Mengetahui apa yang baik untuk hambaNya
*scan kandungan. Inilah saat yang dinantikan bakal ibu nak tengok rupa baby dekat dalam ni :') Selalu tengok dekat drama tv je, dan kali ni for the real aku sendiri yang mengalami situasi ni. Rasa macam kelakar, gembira, bermacam perasaan lah tak tergambar. Tapi kesian En. TJ tak dapat join tengok sekali baby. Tak apa next check up kita tengok sama2 ok :)
Itu adalah ujian scan kandungan berusia 13 minggu. Dah boleh nampak bentuk kepala, badan, tangan, kaki. (Ya Allah, indah sgt) Nampak macam dah besar kan, tapi kecil lagi ni.
*ambil ubat. Doktor bagi Zincofer (30 biji), 1 biji sekali makan, 1 kali sehari selepas makan. (Ubat kali ni besar sikit saiz dia.)




P.S : Alhamdulillah, 1st trimester ni aku tak mengalami morning2 sickness yang teruk, cuma rasa mual dan loya sikit2 tu adalah, nak muntah tak keluar muntah, keluar angin je banyak (atas bawah) :D Doa semoga baby sihat dan kuat dekat dalam tu :)