Wednesday, October 26, 2011

Starmovie: Nowhere Boy


I love love love this movie. Nice and oldshool music and scene. Cerita ni dah lama keluar, aku je baru tengok baru-baru ni. hahaha. Korang kena tengok, nanti korang mesti suka punya lah. peace :) Ooh John Lennon<3




P.S : Aku suka satu lagu dalam cerita ni, In Spite Of All The Danger. huuuhu :P

Monday, October 24, 2011

Hijab's fashion

*Tudung bawal

tudung bawal famous masa ketika dulu. zaman sekarang dah tak famous sangat. Dulu tudung ni famous dengan diamond2 keliling (dulu mak aku suka sangat, siap collection lagi) sekarang ni pun jarang dah tengok awek2 pakai tudung bawal, makcik2 banyak lagi yang memakai tudung bawal ni. hehe
*Tudung Bienda

fesyen tudung ni famous sebab Bienda yang mula-mula gayakan.nama pun tudung Bienda. tudung yang belit-belit kat tepi.
*Tudung Wardina

fesyen tudung Wardina ni famous masa awal-awal Wardina pakai tudung. kategori fesyen tudung yang belit-belit juga cuma lepas belit-belit, letak keronsang kat atas kepala. Fesyen ni guna tudung bawal. (masa dulu-dulu lah)
*Tudung Express

tudung ni yang paling famous sekarang ni. sebabnya tudung ni mudah & cepat dipakai. sarung dan tak payah nak pin atau keronsang. Tudung ni banyak nama, tengok kat butik2, kedai2 macam2 nama ada.
*Tudung ala Dato' Siti Nurhaliza

fesyen tudung macam Dato' Siti unik dan exotic. Aku suka tgk jelah, nak pakai tu tak kot.
*Tudung Shawl

Shawl, tudung yang memang tengah panas macam goreng pisang. Majoriri pemakai di kalangan remaja. 1st idol mereka adalah Yunalis Zarai. Shawl ada macam2 bentuk, corak, warna. Memang menarik & comel2. Tapi aku memang tak pandai nak menggayakan tudung shawl mcm ni. dah lah aku ni lasak. Kang dah tak serupa tudung pula. hahaha.
*Tudung Syria

tudung ni lebih kurang macam tudung express cuma nama je lain. haha. Aku suka tudung ni, nampak kemas dan elegant. Colourful pula tu.
*Tudung Yuna & Hana Tajima

This the latest one Hijab's fashion. tapi bagi aku fesyen tudung Yuna ala-ala shawl juga dan sekarang pun yuna dah ubah gaya tudung dia. lebih exotic and trendy :P Gaya tudung Hana Tajima lebih kurang macam yuna cuma dia guna Satin shawl. (aku kurang berminat dengan satin shawl sebab macam serabut je, upsss jgn marah)
*TAPI Tudung gaya macam ni yang kita perlu follow




P.S : Aku pakai tudung express klu nk cepat.Shawl kurang la.tudung bawal aku pakai tapi bukan yg nampak crowded sgt. haha. peace :P

Sunday, October 16, 2011

Lipstick, Lipbalm, Lipgloss

Semua womans and girls majoriti pakai lipstick dan memang tak miss pakai lipstick, hehe. Tapi bagi aku, aku rasa aku memang tak sesuai pakai lipstick. tak tahu kenapa. aku rasa bibir aku ni tebal semacam je kalau pakai. tapi skrg bkn lipstcik je ada, ada lip gloss, lip balm etc. semua tu pun aku tak pakai. (untung lah save duit En TJ) hahaha. Tapi skrg aku belajar pakai lip balm. (En TJ yang suruh ni) Yelah kan takde lah kering je tgk. Ok, aku nak cerita yang aku pakai lip balm Elianto raspberry. harga RM8/per. murah kan. Aku pun baru je cuba2 pakai lip balm ni.

Wednesday, October 12, 2011

Kursus kahwin 2011


Dah lama tak update blog ni.busy dgn kje En A (Bos) bagi. ahahaha.
Ok, sabtu dan ahad lepas 8/10-9/10 aku pergi kursus kahwin. Nanti tak payah pergi amik dah. Bukan amik kursus kahwin nak kahwin dah, eh tak :) Ni cuma untuk prepare masa akan datang je. Pergi kursus ni kne dengar ceramah je. 8 ceramah dan semuanya mengenai alam perkahwinan suami isteri. Penceramah yang best ok lah, ada yang tak berapa best naik mengantuk mata ni. Stres aku dengan ceramah lawak berbaur lucah. haha :D Start dari pukul 8am-5pm. Penat jugak badan ni walaupun dengar ceramah je.


P.S : Korang pun pergi lah kursus kahwin ni untuk masa hadapan. Takde sijil tak boleh kahwin au.

Thursday, October 6, 2011

rawatan gigi

Aku ronda-ronda cari klinik gigi dgn En TJ tapi tak berapa nak sempat sebab klinik gigi tutup awal. Dalam masa yang sama nak tanya kos buat braces. hehe. Tak semua klinik gigi ada buat rawatan pemasangan pendakap gigi (braces)ni.
Aku pun buka cerita
Aku : Awk,saya dengar org kata kalau buat braces dkt kampung murah.
EN TJ : Memang lah murah. Doktor gigi kat sana tak banyak pengalaman sebab takde orang kampung pakai braces. Nak ulang alik check up, risiko sbb tak byk pengalaman. awk nk?
Aku : Hmm. (fikir banyak kali)
En TJ : Baik awak buat dekat sini-sini jelah. Kalau saya bayar kos buat braces ni tolak wang hantaran. hahaha
Aku dalam hati kurang asam mat ni :P

Jadi aku buat scalling gigi (cuci gigi) jela dekat Klinik pergigian Azfar,sek 28. Kos buat scalling gigi ni RM90. First time aku buat, memang bersih lah gigi aku ni daripada karang-karang laut. haha. Dan sebenarnya aku takut nak jumpa doktor gigi dari kecik lagi. Bagi aku doktor gigi menyeramkan sebab aku sensitif dengan bab-bab gigi ni.



P.S : Dah jumpa doktor gigi, tak takut dah. doktor gigi ok je :)

Sunday, October 2, 2011

Hukum memakai braces


Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Wallahu a’lam.
Sumber http://www.iluvislam.com

P.S : Fuuhhh.(lega dalam hati)