Sunday, July 31, 2011

siapa tiru siapa








P.S : Aishiteru:) apa pun dua2 video lagu ni best

Thursday, July 28, 2011

peredaran masa





P.S : Dah nak masuk bulan puasa,lepas tu raya,lepas tu macam biasa,lepas tu kahwin.hehe:) (mengatal aku ni) kadang-kadang tak rasa yang masa ni berlalu. apa-apa pun, selamat menyambut bulan ramadhan bersama-sama:) (ingat En Tarmizi jasman,tak boleh makan minum ok dan juga kpd En Amir,En Ibrahim,Rizal) hehe:P

Wednesday, July 27, 2011

berenang ni penat






P.S : aku tak pandai berenang.tapi de orang ni ajar nak bagi aku lemas (En Tarmizi Jasman yg ajar) khinzir pun boleh berenang (malu aku)

Sunday, July 24, 2011

aurat ku (wanita)



Rasulullah bersabda, Ada dua golongan penghuni neraka yg aku belum pernah melihatnya Lelaki yg tangan mereka menggenggam cambuk yg mirip ekor sapi utk memukuli orang lain dan wanita-wanita yg berpakaian tetapi telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. Wanita-wanita yg digambarkan Rasul dalam hadis di atas sekarang banyak sekali kita lihat. Bahkan itu sudah menjadi sesuatu tradisi dan dianggap lumrah. Mereka wanita-wanita yg memakai pakaian tetapi telanjang disebabkan pakaian yg mereka kenakan tak dapat menutupi apa yg Allah perintahkan utk ditutupi. BUDAYA BARAT penyebab fenomena ini. Sebab pakaian yg tak layak tersebut bukanlah merupakan budaya masyarakat Islam dan tidak pula dikenal dalam tradisi masyarakat kita. Namun itu hal baru yg terus diterima tanpa dikritik. Tidak pula diuji dgn pertanyaan bolehkah ini menurut agama atau baikkah ini bagi kita dan pertanyaan lain yg senada. Boleh jadi krn perasaan rendah diri terhadap kemajuan BARAT dalam beberapa hal akhirnya banyak di antara kita yg menerima budaya BARAT dgn mata tertutup. Namun di sana kita juga melihat fajar yg mulai terbit. Kesedaran utk kembali kepada budaya kita sendiri mulai tumbuh. Betapa sekarang kita banyak melihat indahnya kibaran kain tudung di mana-mana. Malah di beberapa negara barat muslimah-muslimah pemakai tudung tak lagi susah untuk dilihat. Jelasnya saat ini sudah tak ada lagi larangan utk mengenakan busana dan pakaian yg menutup aurat. Permasalahannya apakah jaminan kebebasan ini kemudian segera disambut oleh para muslimah kita dgn segera kembali mengenakan pakaian takwa itu atau tidak. Yang pasti alasan dilarang oleh si ini dan si itu kini tak berlaku lagi. AURAT WANITA DAN HUKUM MENUTUPNYA adalah aurat wanita yg tak boleh dilihat di hadapan lelaki lain (bukan muhrim) adalah seluruh anggota badannya kecuali wajah dan telapak tangan. Yang menjadi dasar hal ini adalah:

1. Al-Quran surat Annur, Dan katakanlah kepada wanita-wanita yg beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya. Keterangan Ayat ini menegaskan empat hal:

a. Perintah utk menahan pandangan dari yg diharamkan oleh Allah.
b. Perintah utk menjaga kemaluan dari perbuatan yg haram.
c. Larangan utk menampakkan perhiasan kecuali yg biasa nampak.
d. Perintah utk menutupkan kain tudung ke dadanya.

Para ulama mengatakan bahawa ayat ini juga menunjukkan akan haramnya menampakkan anggota badan tempat perhiasan tersebut. Sebab jika perhiasannya saja dilarang utk ditampakkan apalagi tempat perhiasan itu berada. Sekarang marilah kita perhatikan penafsiran para sahabat dan ulama terhadap kata kecuali yg biasa nampak dalam ayat tersebut. Menurut Ibnu Umar RA. yg biasa nampak adalah wajah dan telapak tangan. Begitu pula menurut Imam Auzai dan Ibnu Abbas RA. Hanya saja beliau menambahkan cincin dalam golongan ini. Ibnu Masud RA. mengatakan maksud kata tersebut adalah pakaian dan tudung. Said bin Jubair RA. mengatakan maksudnya adalah pakaian dan wajah. Dari penafsiran para sahabat dan para ulama ini jelaslah bahawa yg boleh nampak dari tubuh seorang wanita adalah wajah dan kedua telapak tangan. Selebihnya hanyalah pakaian luaran saja. Perintah utk menutupkan kain tudung ke dada.

2. Hadis riwayat Aisyah RA bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah dgn pakaian yg tipis lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata, Hai Asma sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haid maka tak ada yg layak terlihat kecuali ini. sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. Keterangan Hadis ini menunjukkan dua hal kewajipan menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan. Pakaian yg tipis tidak memenuhi syarat utk menutup aurat. Dari kedua dalil di atas jelaslah batasan aurat bagi wanita adalah seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan. Dari dalil tersebut pula kita memahami bahawa menutup aurat adalah wajib. Jika dilaksanakan akan mendapat pahala dan jika tidak dilakukan maka dosa lah balasannya. Kewajipan menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat solat saja namun juga pada semua tempat yg memungkinkan ada lelaki lain yang boleh melihatnya. Selain kedua dalil di atas masih ada dalil-dalil lain yg menegaskan akan kewajipan menutup aurat ini.

3. Dari Al-Quran, Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". Keterangan Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup. Bahkan diriwayatkan bahawa ritual haji pada zaman jahiliah mengharuskan seseorang thawaf mengelilingi kaabah dalam keadaan tidak berpakaian (bogel) tanpa memandang apakah itu lelaki atau perempuan.Konteks ayat di atas adalah ditujukan utk isteri-isteri Rasulullah. Namun keumuman ayat ini mencakupi seluruh wanita muslimah. Kaedah ilmu ushul fiqh mengatakan, yg dijadikan pedoman adalah keumuman lafaz sebuah dalil dan bukan kekhususan sebab munculnya dalil tersebut; "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang-orang mukmin, Hendaklah mereka menutupkan kain tudungnya ke seluruh tubuh mereka. Yg demikian itu supaya mereka lebih mudah utk dikenal dan oleh kerananya mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ayat ini menjelaskan pada kita bahawa menutup seluruh tubuh (aurat) adalah kewajipan setiap muslimah dan merupakan tanda keimanan mereka.

4. Hadis Rasulullah bahawasanya beliau bersabda, Ada dua golongan penghuni neraka yg aku belum pernah melihatnya Laki-laki yg tangan mereka menggenggam cambuk yg mirip ekor sapi utk memukul orang lain dan wanita-wanita yg berpakaian tetapi telanjang dan berlenggak lenggok. Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk unta. Mereka itu tidak masuk syurga dan tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau syurga itu boleh tercium dari jarak sekian dan sekian. Keterangan Hadis ini menjelaskan tentang ancaman bagi wanita-wanita yg membuka dan mempamerkan auratnya. Iaitu seksaan api neraka. Ini menunjukkan bahawa mempamerkan aurat adalah dosa besar. Sebab perbuatan-perbuatan yg dilaknat oleh Allah atau Rasul-Nya dan yg diancam dgn sangsi duniawi atau azab neraka adalah dosa besar. SYARAT PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT WANITA pada dasarnya seluruh bentuk pakaian boleh dipakai asalkan memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Menutup seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tidak tipis dan tidak jarang
3. Longgar dan tidak memperlihatkan lekuk-lekuk dan bentuk tubuh
4. Bukan pakaian lelaki atau menyerupai seperti pakaian lelaki
5. Tidak berwarna dan bermotif terlalu menjolok mata. Sebab pakaian yg menjolok mata akan mengundang perhatian lelaki. Dengan alasan ini pula, maka mempamerkan perhiasan yg dipakai tidak diperbolehkan walaupun itu tersembunyi di balik pakaian.


P.S : mulai insaf.

Thursday, July 21, 2011

happy birthday


date : 22 july
birthday Tarmizi Jasman b. Ahmad (En TJ) :)
doakan awak dipanjangkan umur,bahagia di dunia akhirat,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yg baik,dijauhi segala musibah dan hidup diberkati Allah,serta dipertemukan jodoh kita dgn jalan yang diredhai Allah:)



P.S : Amin:)