Wednesday, November 3, 2010

Form1 and form5





P.S : my teacher and classmates.the memories:)

Thursday, September 2, 2010

Hari raya aidilfitri

Hari Raya is here at last.Ramadhan has left and Syawal is here to stay for now.

To everyone,
I would like to ask forgiveness from anyone who I've hurt with my words or actions that I did.With the coming of this new month,I would like to start afresh and begin as a new,better person.I know that it is hard to forget mistakes that we do but I now I just hope that you will be able to accept my sincere apology.



P.S:selamat hari raya,again:)

13 august 1957

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Kemerdekaan Malaysia 2010 kepada semua rakyat Malaysia.



Marilah kita bersama-sama mengangkat tangan dan mensyukuri nikmat kesejahteraan yg terus kita kecapi sekarang.Rakyat Malaysia terus bijak untuk memilih pucuk kepimpinan dan menanam lebih dalam sikap prihatin dan menghormati di antara satu sama lain dan konsep negara majmuk dan dalam menjayakan aspirasi 1Malaysia.Sopan santun tu mudah je.

Beberapa isu hangat diperkatakan sekarang di negara kita seperti isu perkauman dan perpaduan.Isu-isu ini masih terkawal dan boleh dibawa berunding dan boleh diselesaikan dengan cara yang baik dan musyawarah.Tetapi usahlah kita menjadi pemanas dan pembawa berita-berita yang tidak tepat.Ini amat penting demi menjaga kepentingan dan keharmonian rakyat dan negara kita.



P.S:MERDEKA3x!

Friday, July 2, 2010

doa pilihan

Doa dimusim peperiksaan
Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran –

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah.Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi,ingatan para rasul dan malaikat terhampir.Ya Allah.Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi [...]


P.S:eloklah klu spe2 nk amalkn doa ni

puasa

Allah telah mewajibkan umat Islam melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa…”.

Seterusnya Allah menegaskan dalam ayat 185 surah yang sama: “Bulan Ramadhan yang diturunkan al-Quran…”. Ayat tersebut turun tanpa sebab-sebab tertentu, tidak sebagaimana terjadi pada kebanyakan ayat-ayat ahkam (ayat yang berkenaan dengan hukum), yang turun setelah ada peristiwa-peristiwa tertentu yang terjadi pada Nabi SAW atau para sahabat.


Puasa di Bulan Ramadhan Adalah Salah Satu Rukun Islam
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Islam didirikan atas 5 perkara, bersyahadah bahwa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan melaksanakan haji bagi yang mampu.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Maksud Puasa Ramadhan
Puasa dalam bahasa Arab disebut صيام Shiyâm atau صوم Shaûm yang bererti menahan dan tidak bepergian dari satu tempat ke tempat lain. Ibnu Mandzûr, pakar sejarah bahasa Arab mendefinisikan صوم Shaûm sebagai “hal meninggalkan makan, minum, menikah dan berbicara”. Perkataan رمضان berasal dari kata dasar رمض yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Ini kerana letaknya bulan Ramadhan pada musim panas yang terik. Jadi, maksud berpuasa di bulan Ramadhan ialah; menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa pada bulan Ramadhan (bulan yang panas terik) kerana beribadah kepada Allah bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Bersahur Itu Berkat
Dari Amr bin ‘Ash r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya): “Pembeza antara puasa kita dengan puasa Ahlul Kitab adalah makan sahur”. (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Al-Harits dari seorang sahabat Rasulullah s.a.w. bahawa aku masuk menemui Nabi s.a.w., ketika itu beliau sedang makan sahur, beliau bersabda yang ertinya: “Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan”. (Hadis Riwayat Nasa’i dan Ahmad)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: “Sahur itu makanan yang barakah, janganlah kalian meninggalkannya walaupun hanya seteguk air, kerana Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur”.

Adab-adab Berbuka Puasa
Diriwayatkan dari Anas r.a., ia berkata: “Rasulullah s.a.w. berbuka dengan makan beberapa ruthaab (kurma basah) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk.” (Riwayat Abu Daud dan Al-Hakiem)
Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahwa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu puasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih.” (Riwayat Ahmad dan At-Tirmidzi)
Diriwayatkan dari Ibnu Umar, adalah Nabi s.a.w. selesai berbuka beliau berdo’a (ertinya): “Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada Insya Allah.” (Riwayat Ad-Daaruquthni dan Abu Daud hadits hasan)
Diriwayatkan dari Anas, ia berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w.: “Apabila makan malam telah disediakan, maka mulailah makan sebelum shalat Maghrib, janganlah mendahulukan shalat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Ramadhan
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Baginda s.a.w. al-Quran dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhari)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda: “Barangsiapa yang shalat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu.” (H.R.: Jama’ah)
Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isterinya (agar beribadah) dengan mengetatkan ikatan sarungnya (tidak mengauli isterinya). (H.R.: Al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim)
Diriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah r.a.: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan? Maka ia menjawab: Rasulullah s.a.w. tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka’at baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya, caranya: beliau shalat empat raka’at, jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka’at, jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. (H.R.: Al-Bukhari, Muslim dan lainnya)
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka’at yang ringan, kemudian shalat lapan raka’at, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim)
Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab: “Shalat malam itu dua raka’at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka’at.” (H.R.: Jama’ah)
Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal A’la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahawa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil.” (H.R.: Muslim)
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda: “Bacalah (ertinya) Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku.” (H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad)

Antara Peristiwa Besar Di Bulan Ramadhan
Diturunkan kitab Al-Quran, Injil, Taurat dan Zabur.
Berlaku peperangan Badar al-Kubra.
Pembukaan Kota Mekah.
Perjalanan Nabi Muhamamad dan Muslimin ke Tabuk melawan Rom.
Islam sampai ke Yaman.
Khalid Al Walid meruntuhkan berhala al-Uzza.
Penyerahan diri (masuk Islam) penduduk Taif kepada Rasulullah.
Pembukan Andalus (Sepanyol) oleh Tariq bin Ziyad.
Tentera Islam pimpinan Sultan Qutuz mengalahkan tentera Monggol di Ain Jalut.
Tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya mengalahkan tentera Rusia dalam peperangan Yakhliz.
Tertawannya sempadan Bar Lev, di Israel dalam peperangan Yom Kippur (peperangan Arab-Israel, Perang Oktober, Perang Ramadhan 1973)

Saturday, June 19, 2010

father's day

happy fathers day



iloveyousomuch abah!



P.S : any man can be a father,but it takes a special person to be called dad :)

comics

top viewed:






P.S : wish to read more the chapter.http://www.onemanga.com/

happy birthday




date : 18 june & 20 june.
birthday bonda dan kakanda fiyze:)
i wish them dipanjangkan umur,bahagia didunia akhirat,dimurahkan rezeki,diberi kesihatan yg baik,dijauhi segala musibah dan hidup diberkati Allah.


P.S : i love them:)

Thursday, June 17, 2010

colour personality

yellow
people with yellow personalities are a bussines minded lot.these people want others to know they are well educated,whether self taught or otherwise,and strive to attain succes through anything mental.
making good leaders,they generally make up their mind in a methodical way.
this personality can be alittle stubborn.these personalities know that they are the only people making the right decisions.
when these people are under stress,they feel that they need to keep their emotions covered.if they show the stress,it is a sign of weakness.they try not to let you see them sweat.
keeping to themselves without inviting many others into their lives,they generally only have one or two good friends.
adoring tailored clothing,they usually dress quite professionally.they dress with a simple flair.

purple
purple is the colour of spirituality.
purple personalities are always striving to be better than they consider themselves to be.
they become avid readers.trying to become what they think they should be,they search their own lives and the lives of others to find the answer.
wanting to help as many souls as they can,they are more than willing to give you the benefit of their education.
trying to achieve perfection,they seem to struggle with themselves more than most.
purple personalities make good friends because they always give first of themselves.generally they do not ask much for themselves but some negative personality could be self martyred.
when they do not receive the item which they requested,they turn silent and think of themselves as the only one who works in the relationship,thereby becoming the martyrs
they think themselves to be.

red
this is the colour of passion,energy,and money making.it can also have a darker side to it.
they have problem with addictions such as drug,alcohol,eating disorders,or emotional instability.
red personalities are sexy and seductive.it is the colour for someone who wants to be powerful and in control.
stop signs are red.red get your attention.this energetic craves attention and what's more:they get it.
quick to give others answers to any question,they feel they know everything.they are quick moving people,they want everything done in hurry.red personalities feel invincible and others tend to think they are.
they do not make good leaders.they do,however make good followers,once they decide they are being lead wisely.they are quick minded,brilliant people who may not be well educated.

green
green is colour of healing.
green personalities want to help every one.they usually keep their thoughts secret.other see them as good listeners because of this quality.
they try to take care of others with all the care.they want harmony in every one's life.
others think that they personalities make the best of friends because they are jovial,caring and can keep a secret.
they need to be careful not to make martyrs of themselves.this is something they easily can do.

Thursday, April 29, 2010

happy birthday

30 april.birthday adinda tun ezany dan noorsyafira.
tarikh yg sama.simple celebrate birthday for syafira.dkt sekolah.
aku hadiahkan dia kek.kek yg aku hias sendiri:)
aku doakan syafira dimurahkan rezeki,panjang umur,bahagia ke anak cucu cicit,berjaya di dunia akhirat,mendapat jodoh yg baik.Amin.
adk aku celebrate 2 kali.pertama dkt rumah dgn keluarga,kedua dkt luar dgn kwn2 dia.aku hadiahkan dia purse MNG.aku doakan yg terbaik utk adk aku ni:)


P.S : great time:)

Tuesday, April 20, 2010

doa untuk Kekasih

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.

Tuesday, February 9, 2010

lesen motorsikal

Lesen B,lesen motorsikal.lesen L,ujian komputer dan dengar ceramah.ujian komputer aku ambil 2 kali.terlalu teruja.haha.percubaan pertama,markah aku 41/50.gagal.sbb markah lulus 42/50.1 mrkah je lagi.geram!kali kedua,44/50.ANDA LULUS.
esoknya,aku sambung lesen P.3 hari latihan.hari pertama latihan,pusingan8 aku salah pusing.lalu titi pula kena lebih dari 7 sec.aku jatuh.malunya!aku bangun,buat2 x tahu.lagipun dkt atas jalanraya aku ok je.nervous tunggu hari test jpj.tapi alhamdulilah,aku lulus.jpj tu garang,x nak senyum langsung.tapi apa pun aku dah lepas semua ni:):)



P.S : lesen kereta pulak:)