Friday, October 30, 2009

Ayahanda

Zainurin bin Selamat. Dilahirkan pada 21 november di Batu Pahat, Muar. Beliau seorang yang pendiam dan sentiasa mengukir senyuman diwajahnya. Aku panggil beliau Abah. Abah seorang yang rajin, penyanyang, sangat baik, boleh memasak, dan mengemas rumah. Abah tak banyak merungut, diuruti sahaja anak-anaknya nak apa. My father is different from others father and he's so special for me:) Dulu abah smoker. Sekarang dah berhenti. Alhamdulillah:) Lagipun rokok membahayakan kesihatan,kan. Abah juga seorang yang agak kelam kabut sikit n make sure korang bersiap dulu sebelum dia. Sebabnya nanti abah dulu yang dah bersiap. Abah suka makan, tak pernah tolak pelawaan kalau orang jemput makan. (Walaupun dah kenyang) Makanan kegemaran abah mee jawa/mee bandung/mee rojak. So bakal2 menantu nak ambil hati abah, boleh lah belanja abah makan makanan faveret dia. Confirm jadi menantu kesayangan:)



P.S : ilovemyfather:)

Bonda

Nor Semah bt. Sabri. Dilahirkan pada 20 Jun dan berasal dari Kedah. (Orang Utara) Bonda seorang ibu yang sangat baik, penyayang, sporting, lembut (Tak pernah pukul anak-anaknya) Walaupun sibuk bekerja hingga lewat malam, bonda masih boleh mengemas rumah, memasak (Masakan bonda sedap)
Setiap hujung minggu, kalau bonda off-day aktivitinya kitorg meluangkan masa diluar, berjogging, karaoke, main bowling, shopping. (Outdoor activities) Kalau tak outdoor, selalunya menonton tv, mengemas rumah, siram n baja pokok2 bunga. Bonda seorang yang amat mementingkan kekemasan dan kebersihan. Warna kesukaan bonda ialah kuning dan hijau. Setiap kali pindah rumah, dinding dalam rumah tak pernah tukar warna cat, paling-paling kuning sekerat, hijau sekerat. Hahaha.



P.S : Ingat, syurga dibawah tapak kaki ibu:) #ilovemymother

Thursday, October 8, 2009

Bestfriend and friends

Kawan, boleh jadi kawan dari kecil, tadika, sekolah rendah, menengah dan sampai bila-bila kita boleh jumpa kawan. Yang membezakannya ialah kawan yg baik atau sebaliknya. Aku tahu kawan-kawan aku semuanya yg baik-baik. Syukur:) Dunia dan akhirat, Allah sahaja yg tahu.
Aku ada seorang kawan rapat, kawan baik (My BFF), dia Noor Syafira Helmi. Dilahirkan pada 30 April 1993. Mempunyai 3 orang adik-beradik, dia anak yang kedua. (Nampak tak persamaan kitorng) Kami berkawan sejak tadika satu tadika (Tadika Kemas Taman Bunga Negara, Sek27), sehingga lah ke alam persekolahan. Sama sekolah rendah, sekolah agama dan juga sekolah menengah. Fuhhhh. Nampak tak tu. Hahaha. I'll miss her bila suatu hari nanti kami akan berjauhan. :')

Kawan-kawan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen27, Tingkatan 4 & 5 Science :-

Mawaddah Hasliana, Nur Farah Khairunnisa, Zinnirah, Nur Syafiqah, Nik Ilyani, Nur Amira, Nurul Nabiha, Nurul Nabila, Siti Nur Hazwani, Fatin Najiha, Siti Sarah, Siti Nor Shafawati, Nur Hazwani, Parimalar, Siti Nurul Afifah, Hazirah, Idayu Hanis, Mohd.Afiq, Mohd.Amirul, Chin Hong, Muhd.Azri.



P.S : This is KENANGAN!

Siblings

Dalam keluarga aku mempunyai 3 orang adik-beradik, termasuk aku. Seorang lelaki dan 2 orang perempuan, abang dan adik perempuan, aku yang tengah-tengah:)
Kakanda ku bernama Mohd. Nor Hafizi, 21. Dilahirkan di Hospital Batu Pahat, Muar, Johor pada 18 jun 1988. Seorang yang garang, keras kepala, berhangin membuatkan orang takut nak dekat dengan dia TAPI dia juga seorang abang yang baik, suka mengemas rumah (Bila mood dia rajin) dan juga boleh memasak, masak megi jelah sedap. Hahaha.
Adinda ku adik perempuan yang bernama Nur Atika Izani, 14. Dilahirkan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang pada 30 April 1996. Masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 27. Seorang yang ganas, lasak, lincah, melawan kata. (Bila kena tegur sikit, marah) Hahaha. TAPI dia juga seorang adik yang baik, suka menolong orang, dan boleh memberi pendapat. (Tentang fashion jelah)
Dan yang terakhir tapi bukan lah anak yang terakhir, Aku. Nur Amira Izaty, 16. Bersekolah di SMK S27, sama dengan adik aku. Dilahirkan pada 4 februari 1993 di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. (Anak Selangor) Aku mixed, Ayahanda+Bonda=Aku. Hehehe. Sifat dan karakter aku? Hrmm, mungkin aku ni seorang yang pendiam, baik hati, rajin, pandai, bijak, blaa blaa blaa... Hahaha. Aku suka baca komik dan menonton cerita kartun. (Boleh dikatakan hobi lah tu) Warna kesukaan? Makanan minuman kegemaran? Heyy, mana buku biodata semua tu. Nak scan. Hahaha. Bye! :D



P.S : Family first! :)